Pages

seni itu ...




Istilah Seni Visual

Garisan


1.1 Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik
1.2 Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung
1.3 Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak
1.4 Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan


Stensilan

1.1 Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem

1.1 Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau

dilubangkan pada kertas pendua

1.2 Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :

i. Bahagian positif

ii. Bahagian negatif


Lukisan


1.1 Adalah satu hasil kerja seni mengguna media kering

1.2 Hasil 2Dimensi menggunakan media kering

1.3 Contoh media :

i.Pensel warna

ii.Arang,Krayon

iii.Pensel,marker pen

iv.Pen mata bulat,pen manuskrip,dll


Catan


1.1 Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi.

1.2 Menggunakan bahan media basah

-penggunaan berus dan warna

-media basah memerlukan pelarut seperti

air atau minyak

1.3 Contoh media basah

i. Warna air/water colour

ii. Cat

iii.Cat minyak

iv. Warna poster


Montaj


1.1 Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri tema yang serupa.

1.2 Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi serta rekacipta yang kuat bagi menampal gambar atau imej yang digunting dari majalah-majalah.

1.3 Tampalan mestilah bertindih


Motif

1.1 Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau fauna yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori:

i. Organik

ii.Geometri


Gurisan

1.1 Adalah satu teknik menggambar atau mencorak secara mengguris bahan yang disedia menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll


Tekapan


1.1 Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama.


Kolaj


1.1 Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam

1.2 Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan kertas dan menampal bahan tersebut

1.3 Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan

1.4 Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll


Cetakan


1.1 Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan-gubahan yang dihasilkan pada sekeping permukaan blok ataupun plat

1.2 Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok atau plat berkenaan sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas


Lipatan dan Guntingan


1.1 Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak

1.2 Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan

dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain

1.3 Ianya menghasilkan corak positif dan negatif


Boneka


1.1 Boneka adalah seni patung

1.2 Membentuk rupa haiwan atau manusia

1.3 Contoh bahan ialah

kertas,kain dll

1.4 Ada 4 jenis boneka :

i. Boneka jari

ii.Boneka tangan

iii.Boneka tali

iv.Boneka tongkat


Batik


1.1 Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud ‘ titik-titik ’

ataupun bunyi berdetik

1.2 Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa

iaitu tritik iaitu proses menghasil batik

1.3 Teknik digunakan adalah resis

1.4 Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin

1.5 Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna

1.6 Ada 3 jenis proses batik :

I. Batik blok atau batik cap atau batik terap

ii.Batik skrin atau batik cetak

iii.Batik lukis atau batik tulis


Topeng


1.1 Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala

1.2 Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding

1.3 Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dantopeng serkup

1.4 Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan bahagian kepala

Arca


1.1 Adalah seni binaan 3 Dimensi yang direka sebagai ciptaan berfungsi atau untuk menilai estetikanya

1.2 Bahan-bahan yang digunakan seperti logam, kayu lilin, Plaster of Paris, tanah liat, konkrit dan bahan buangan.

1.3 Dihasil secara kegiatan membentuk,ukiran atau binaan


Tembikar

1.1 Satu seni kraf tradisional

1.2 Menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan

1.3 Tembikar merupakan karya 3 Dimensi.

1.4 Bermula zaman primitif lagi.


Assemblaj

1.1 Assemblaj bererti menampal, memetri atau menjahit objek sebenar pada sesuatu permukaan kertas atau pemidang agar nampak berbentuk 3 Dimensi

1.2 Ianya mempunyai tema yang sesuai

1.3 Setiap bahan mempunyai kaitan antara satu sama lain


Wau


1.1 Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai rangka atau bingkai,imbangan,berekor dan dihias dengan kertas atau kain bermotifkan corak digantung atau diterbangkan ke udara bertalikan benang

1.2 Merupakan satu permainan tradisional masa lapang

1.3 Sejarah muncul 3000 tahun dulu di negara China

1.4 Wau terbahagi kepada 2 :

i. Wau cantik

ii. Wau tegak


Anyaman


1.1 Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-helaian atas bawah secara berselang-seli 1/1, 1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan corak, jalinan,bentuk dan akhirnya objek yang dikehendaki

1.2 Anyaman terbahagi kepada 3 :

i. Anyaman buluh

ii.Anyaman rotan

ii.Anyaman mengkuang / pandan


Mozek


1.1 Mozek ialah satu aktiviti guntingan atau koyakan dan ditampal bahagian tersebut sebelah menyebelah supaya mendatangkan satu hasilan atau karya

1.2 Mozek juga bermaksud susun atur bahan sebelah menyebelah dan tidak bertindih untuk menjadikan corak

1.2 Contoh bahan seperti kertas,kain, dll


Mobail


1.1 Mobail ialah suatu hasil karya 3 Dimensi yang mempunyai keseimbangan dan boleh bergerak.


Stabail


1.1 Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.


Tenunan

1.1 Tenunan ialah proses menjalinkan benang secara bersilang sehingga terhasil sehelai.

1.2 Tenunan dikaitkan dengan kain songket.

1.3 Perkataan songket berasal dari perkataan sungkit bermaksud mengangkat sesuatu.

1.4 Bahan yang digunakan untuk corak ialah benang emas


Ukiran


1.1 Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan, kayu, atau objek padu menggunakan alat tertentu.

1.2 Ada 2 jenis ukiran kayu :

i. Ukiran tebuk tembus

ii.Ukiran timbul

Saring Sutera


1.1 Satu alat yang digunakan dalam proses cetakan jenis stensil dan diregang di atas kayu pemidang

1.2 Proses ini juga dikenali sebagai sarigrafi

1.3 Juga dikenali dengan nama organdi


Garisan Grid


1.1 Garisan Grid ialah kombinasi garisan bersilang antara satu dengan yang lain sama ada bersilang, menegak atau melintang.

1.2 Melalui petak suatu rupa,motif atau corak dapat dihasilkan

1.3 Garisan grid digunakan membantu menghasilkan struktur rekaan alam ciptaan tuhan ataupun benda-benda

1.4 Susunan struktur disebut garisan grid


2D


1.1 2 D atau dua dimensi adalah objek yang dilukis di atas satu permukaan yang rata


3D


1.1 3 D ialah objek yang dapat dilihat dan disentuh dari pelbagai sudut


Kaligrafi


1.1 Kaligrafi ialah seni tulisan cantik atau berhias

1.2 Tulisan ini juga disebut tulisan Italik,Manuskrip atau seni khat

1.3 Contoh :

i. Old English

ii.Gothic

iii.Kaligrafer,Cloister Black,Chaucer dll


Bahan

1.1 Bahan ialah sesuatu subjek yang digunakan untuk mendatangkan hasilan atau karya

1.2 Contoh warna air,minyak,cat,dakwat dll


Alatan

1.1 Alat ialah benda-benda yang membantu menghasilkan karya atau memindahkan bahan atau imej ke permukaan untuk mendapat hasilan

1.2 Contoh alat seperti pisau,berus,gunting,paku dll


Media

1.1 Media ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya seni

1.2 Contoh pensil,arang,pastel,dakwat dll


Resis

1.1 Resis adalah satu kaedah penolakan warna

1.2 Ia juga proses yang mana warna air tidak boleh bercampur dengan lilin atau minyak

1.3 Bahan yang digunakan ialah air,warna air,cat, minyak,lilin dan krayon


Capan


1.1 Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada


Perspektif


1.1 Perspektif ialah garisan atau struktur yang dilukis untuk menimbulkan bentuk dan ruang

1.2 Ruang perspektif merupakan kedudukan 2 objek yang sama saiz yang berada di hadapan kelihatan lebih besar berbanding di belakang dalam ruang yang sama


Kadar Banding


1.1 Penyesuaian ukuran atau saiz sesuatu bahagian objek dengan keseluruhan objek


Komposisi


1.1 Komposisi adalah susun atur kedudukan objek dalam karya seni



Pengenalan PSV

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.
Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...