Pages

hasil kerja murid


hasil kerja atau koleksi kerja murid... untuk yang ini hanya dipamerkan di bilik guru seni je..bukan di dalam kelas... kalau ada bilik seni sendiri kan seronok.... rasa nak buat macam2

mobail ikan secara 3D. cara-caranya ialah kena lukis ikan drpd hasil kertas yang dilipat 2. lukis dan warna. gunting ikan tersebut dan masukkan kertas renyukan ke dalamnya dan gamkan keliling. sebelum tu kena guna benang untuk menggantung ikan. kena kemaskan bahagian dalam baru le senang nak gam. tujuannya adalah untuk memberi kembung badan ikan tuuu... baru le nampak bentuk 3 Demensi dan nampak mcm ikan kembung kat pasar.
alatan/bahan : kertas yg dilipat 2.( saiz yg sesuai ), warna ( pastel, cat air, pensil warna dll), gunting, gam dan benang.

hiasan diri. Guna kertas berwarna atau kertas majalah bergambar lagi berwarna. kena buat 3 segi untuk menggulung. alatan /bahan : gunting, gam, straw minuman dan benang.


menghias batu dengan corak serangga... boleh dipelbagaikan corak. pilih batu licin @ batu sungai dan saiz yang sesuai.... jangan bawa batu sebesar batu tungku sudahlah.... untuk permulaannya perlu diwarnakan cat putih ( undercoat) tunggu kering dan bolehlah melukis dan mewarna dengan warna poster. jemur dan guna cat semburan ( cat spray - clear ) untuk mengilatkan dan mengelakkan warna tidak luntur.
alatan @ bahan : batu sungai yg licin serta ada nilai estetika, cat putih, warna poster, berus dan cat clear. sesuai untuk tahun 6 atau tahap 2


hasil kerja murid menghasilkan boneka tongkat. sesuai untuk tahap 1. media warna adalah pensil warna atau crayon. bagi murid tahap 2, murid perlu mahir untuk menggunakan media cat air. alatan/bahan ialah kertas lukisan, pensil warna, gunting, lidi @ pencucuk sate, gam@ selotape

ini adalah teknik mencorak menggunakan tali @ benang. proses ini menggunakan celupan benang yang berwarna @ menggunakan berus pada benang yang kita pilih. sesuai untuk tahun 3




aktiviti menghasilkan corak secara capan... hasilan daripada sumber alam semulajadi. murid mencari daun yang mempunyai permukaan yang menarik. boleh cari di sekitar sekolah. boleh di pelbagaikan dari segi warna iaitu memasukkan 2 atau 3 warna untuk sekali cap. itu pun berdasarkan kemahiran murid bermain dengan warna. sesuai untuk tahap 2