Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )
Objektif Tahunan
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:
1. menghargai keindahan alam cipaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
Contoh Rancangan Harian
Rancangan Harian Dunia Seni Visual
Bidang kegiatan : Menggambar
Tema / Tajuk : Alam Semula Jadi / Keluarga Saya
Aktiviti : Lukisan
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :
Melukis dan mewarna gambar keluarga serta menamakan ahli keluarga dan panggilan kepada ahli keluarga.
EMK : Elemen Keusahawanan, Teknologi Maklumat Komunikasi, Kreativiti dan Inovasi.
Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Guru menerangkan tentang rupa dan bentuk beserta contohnya
1.1.2 Guru menerangkan tentang penggunaan ruang.
1.2.1 Guru menerangkan tentang bahan dan alatan.
1.3.3 Murid melukis gambar mengikut kreativiti sendiri.
1.4.2 Murid bercerita tentang keluarga.