Pages

seni itu ...




poster grafik

Grafik Poster

* Poster adalah satu bentuk seni komunikasi/ sebagai alat perhubungan dan pengiklanan.
* Ia berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan .
* Poster yang berkesan harus menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan .
* Poster boleh di persembahkan melalui pelbagai cara:
* Menggunakan muka taip sahaja / notis
* Menggunakan muka taip berserta ilustrasi dalam bentuk lukisan , gambar atau foto.

Cara-cara mencipta poster


Teknik lukisan

* Menggunakan pen , pensel , pensel warna dan sebagainya.

* Media dan alat : Alat tulis, alat lukisdan sebagainya.


Teknik Catan

* Menggunakan cat air , cat poster, cat guac dan sebagainya.

* Media dan alat : pewarna , alat lukis dan berus.


Teknik Kolaj

* Menampal kertas berwarna warni , keratan akhbar dan majalah , tekstil bercorak dan jalinan.

* Media dan alat : Bahan-bahan kutipan yang sesuai , alat lukis dab alat tulis ,gam , gunting , pisau dan berus.


Teknik Cetakan

* Dengan cara capan ,mencetak timbul dan benam.

* Media dan alat : alat lukis , alat dan bahan yag sesuai mengikut pilihan jenis cetakan atau capan


Teknik Fotomontaj

* Dengan cantuman keratan foto berdasarkan tema yang sama

* Media dan alat : alat lukis dan alat tulis , gambar foto yang ada kaitan dengan tema , alat pemotong, gam , pewarna , berus dan lain-lain.


Teknik Campuran

* Aplikasi pelbagai teknik : Catan dan kolaj , lukisan dan catan , cetakan dan catan.


Proses mencipta poster

  • Penentuan tema dan tajuk
  • Mendapatkan maklumat berkaitan dengan tema melalui kajian
  • Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan
  • Membuat beberapa lakaran kasar
  • Menentukan jenis ilustrasi dan muka taip yang berkesan.
  • Merancangkan skima warna
  • Menentukan teknik
  • Menyediakan alat dan bahan
  • Memperkembangkan poster mengikut pilihan lakaran , teknik dan media.

Unsur warna dalam gubahan poster

  • Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam poster .
  • Penggunaan warna tidak sesuai akan mengakibatkan poster menjadi kurang menarik .
  • Kajian teliti tentang pilihan warna haruslah dilakukan dengan mempertimbangkan kandungan mesej dan tujuan sesuatu poster.
  • Latar belakang poster haruslah di catkan dengan warna rata tanpa menu jukkan ton-ton yang berlainan .
  • Warna yang rata akan menimbulkan kesan yang lebih kuat dan bertenaga.


Ciri-ciri poster yg baik

  • Mempunyai tema yang tertentu
  • Mengandungi tajuk yang sesuai dengan tema
  • Kesesuaian gambar atau ilustrasi dengan tema atau tajuk.
  • Mesej yang jelas
  • Daya penarik
  • Warna dan pilihan muka taip yang berkesan
  • Penggunaan prinsip rekaan dan unsur seni yang sesuai . Di antara prinsip rekaan yang sesuai digunakan dalam menghasilkan poster iaitu imbangan , kontra , penegasan , pergerakan ( irama )
  • Gubahan asli dan unik
  • Mesej mengandungi nilai-nilai moral di samping mencapai tujuan memaklumkan sesuatu.


Penilaian ( teknik dan proses serta hasil kerja )

  • Penggunaan cogan kata yang berkesan
  • Mempunyai nilai estetik
  • Keaslian
  • Fungsi yang sesuai
  • Mesej tercapai
  • Menarik
  • Kesesuai seni huruf dan ilustrasi
  • Pemilihan dan kesesuaian warna dengan mesej
  • Reka letak yang seimbang
  • Penggunaan media dan alat yang betul
  • Kerja yang kemas.


SETIAP POSTER MESTILAH DIBUAT DALAM KEADAAN MENEGAK DAN BUKANNYA DALAM KEADAAN MELINTANG


Rupa dan muka taip

  • Muka Taip adalah jenis rupa dan bentuk huruf


A . Jenis-jenis muka taip

  • Huruf Blok
  • Muka taip serif
  • Mempunyai serif halus , tebal atau tajam pada bahagian atas dan bawah.
  • Contoh : Huruf Roman
  • Muka Taip sans serif
  • Tidak mempunyai serif : Contoh: Huruf Blok asas
  • Huruf Bebas
  • Muka taip hiasan / Fancy
  • Dihias dengan corak dalam bentuk geometri , flora , fauna atau kadang kala mempunyai irama atau mesej tertentu
  • Huruf manuskrip / kaligrafi
  • Huruf –huruf yang berhubung kait dengan nilai budaya.
  • Contoh : Huruf Italik, Seni Khat, Kaligrafi Cina , Huruf ‘Old English “


B. Fungsi Muka Taip

  • Mudah dibaca
  • Menarik perhatian pembaca tentang judul tajuk
  • Menyatakan maksud sesuatu mesej
  • C. Teknik mencipta muka taip
  • Kurangkan
  • Tambahkan
  • Tindihan / tindanan

Struktur Muka Taip



Aplikasi Unsur Ruang Dalam Menjarak Huruf ke Huruf



Contoh reka letak dalam poster

a. Penggunaan prinsip imbangan simetri



b. penggunaan imbangan tak simetri



Contoh-contoh poster



Reka letak
Aplikasi prinsip rekaan imbangan simetri

Cara menjarak huruf



Contoh






4 comments:

  1. salam Cikgu ,

    saya dah lama tinggallukisan huruf blok ini , boleh x cikgu tl tunjukkan dari A - Z huruf2 blok ini ..

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam minta halal share ye cikgu.

    ReplyDelete
  3. blablablablablablablanlannlalanlanlanalanlanalalanlanalanalanalaanlanalbalabala

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...