Pages

seni itu ...




poster



POSTER adalah satu bentuk seni komunikasi. sebagai alat perhubungan dan pengiklanan.
ia juga berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan.
poster yang berkesan perlulah dapat menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan.

Ciri-ciri Poster yang baik
1. Menyatakan mesej secara efektif lagi mudah
2. Menarik perhatian audien
3. Mesej yang ringkas, mudah difahami
4. Mempunyai keterbacaan yang terbaik

Jenis-jenis Poster
1. Notis
2. Poster Berilustrasi

Notis
* Merupakan poster yang tidak mempunyai ilustrasi
* Ia hanya mengandungi susunan
* Muka taip yang memberi maksud atau mesej tertentu
contoh


Poster Berilustrasi
* Ilustrasi bermaksud lukisan untuk memperjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej dan sebagainya.
* Ilustrasi yang baik akan memberi kesan kepada orang yang mengamatinya
contoh


Elemen-elemen yang terdapat di dalam poster
1. Tipografi
2. Imej
3. Warna

Tipografi
Pemilihan sesuatu imej ( ilustrasi, lakaran atau gambar foto ) yang menari dalam visual memberi kesan yang menarik kepada poster, namun demikian poster tidak akan lengkap tanpa tipografi ( huruf/muka taip) yang memberi penerangan atau maklumat.

contoh ;




Imej-Ilustrasi
Imej ialah bentuk gambaran yang menceritakan konsep atau mesej yang penting. ia disampaikan secara ilustrasi, catan, lukisan, lakaran, foto dan sebagainya.

Contoh :



Warna
warna memberi kesan yang mendalam kepada pemerhati. warna memberi kesan atau mood pada poster. Misalnya poster pesta akan diwarnai dengan warna-warna meriah sementara poster amaran seperti Jauhi Dadah akan diwarnai dengan warna gelap dan muram.

contoh :


rujukan

3 comments:

  1. salam..encik, mohon idea.
    saya pelajar institut pendidikan guru tahun akhir.
    saya terlintas ntuk mmbuat kajian tindakan perihal penggunaan huruf O dalam hasilkan pelbagai huruf untuk poster notis. sesuaikah untuk murid tahun 5? poster yang menumpukan pada mukataip semata-mata (Sebagai peringkat awal) memang namanya notis ya?

    mohon sumbangsaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mawar hina sy nk tgok AR awk punya..please..tajuk poster ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...