Pages

seni itu ...




warna





roda warna

pengenalan
warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat.
Kesimpulannya dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna.

warna terbahagi kepada 3 bahagian
a. warna Asas
b. warna Sekunder
c. warna Tertier


a. Warna Asas
* Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
* Juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain.
* Merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain warna.

b. Warna Sekunder
* Terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
* Ia merupakan campuran dua warna asas spt dibawah
warna asas warna sekunder
kuning + biru hijau
biru + merah ungu
merah + kuning jingga

c. Warna Tertier
* Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.


Nilai Warna

Tona warna


* Nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna.
* Iaitu campuran warna putih dan hitam dengan warna asas dengan mengikut kadar tertentu.
* Warna tersebut akan berubah dari satu tahap ke satu tahap tertentu.

Kroma warna


* Nilai ukuran kuasa sesuatu warna
* Ia terhasil melalui campuran warna-warna penggenap ( warna yang bertentang dalam roda warna ) dengan nisbah tertentu.
* contoh

Warna Sewarna @ Monokromatik


* Sesuatu warna dalam pelbagai ton
* Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna putih untuk ton cerah @ warna hitam untuk ton gelap.
contoh :


Warna Harmoni



* Gubahan yang menggunakan warna-warna yang bersebelahan dalam roda warna.

Warna Penggenap

* Gubahan warna yang menggunakan warna yang bertentang an dalam roda warna atau dikenali sebagai warna yang bertentangan @ kontras

Suhu Warna
* Suhu warna tidak boleh diamati oleh deria penglihatan.
* Suhu warna merupakan satu perasaan atau tindakan kita terhadap warna.
* Terdapat 2 jenis suhu warna
1. warna panas
2. warna sejuk

1. Warna Panas


* Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi
* Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang penglihatan seperti matahari.

2. Warna Sejuk


* Merupakan kumpulan warnayang mempunyai kesan cahaya yang rendah dan redup
* Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejuk mata memandang.
contoh ;


Warna Bertindak


* Merupakan warna yang akan menimbulkan kesan yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar belakang yang lain.

* Pantulan kesan warna yang kuat pada latar belakang yang berkontra warna melahirkan warna bertindak yang aktif.

* Manakala pantulan kesan warna yang lemah pada latar belakang yang sewarna melahirkan warna bertindak yang pasif.

Gubahan warna bertindak

warna bertindak digunakan untuk menimbulkan suasana seram dan keadaan berkontra
( bercanggah )

Perspektif Warna


* Merupakan gubahan warna yang mempunyai perubahan ton, samaada dari terang ke gelap atau sebaliknya.
* Perspektif warna lebih jelas bila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau sewarna.
* Perspektif warna dapat mewujudkan kesan ilusi ruang, jarak atau kedalaman perspektif.

Mewarna
* Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerja-kerja mewarna antaranya ialah
1. pensil warna
2. warna air
3. krayon
4. magic colour
5. marker dan sebagainya

sebelum mewarna perlu
* Diteliti arah cahaya
* Kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya.
* Campuran warna
* Bahan dan Media yang digunakan cth. cat air, cat, dakwat, pensil dll

Teknik Mewarna

langkah 1

penghasilan lakaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.

langkah 2

Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi menimbulkan bentuk siput yang dilukis.

langkah 3

warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar.
lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam warna air yang kita akan gunakan.

langkah 4

teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan.
kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan.


Contoh Karya



17 comments:

  1. bestt ah blog neh...complete n neat work..gud job..

    ReplyDelete
  2. terima kasih fresh idea... saya rasa tak berapa menarikk .. perlu juga bahan yang banyak nak tambah bahan nii

    ReplyDelete
  3. macam mane nak mewarna menggunakan teknik dan warna yang betul

    ReplyDelete
  4. minat dan kesungguhan membuat latih tubi yang berterusan barulah terjumpanya skill teknik dan mewarna dgn betul.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah jumpa blog psv kat sini..

    ReplyDelete
  6. Senang sikit kerja nak buat homework PS tingkatan 1 . Hehehe :D semua memang dah ada dalam ni

    ReplyDelete
  7. boleh xberi beberapa pandangan tentang teknik pengunaan pastel untuk mewarna?

    ReplyDelete
  8. blh tak tolong beri pendapat tentang teknik penggunaan oil pastel?

    ReplyDelete
  9. saya nak tanye laa kalau nak dpt kan warna hitam..kite nak campur warna apa ya

    ReplyDelete
  10. boleh x beri penjelasan tentang penggunaan pen dakwat yang macam mana dalam lakaran.

    ReplyDelete
  11. Saya rasa ni memang agak susah bagi saya

    ReplyDelete
  12. Saya nak tanya apakah kategori penggunaan warna sedemikian

    ReplyDelete
  13. Saya dapat banyak info dalam nota ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Nak tanya warna apa yg berkontra dgn warna putih?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...